MSDeaf Banner  


Menu Profil

- Mesej dari Meja Presiden
- Board of MSDeaf



 


Presiden MSDEaf

Meja daripada Presiden:

PERJUANGAN Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia atau Malaysian Sports Association of the Deaf (MSDeaf) untuk sukan warga Pekak di negara ini dengan lebih tersusun dan terancang masih lagi jauh daripada jangkauan.

Oleh kerana itu MSDeaf mewujudkan Pelan Strategik MSDeaf Lima Tahun (2009-2013) atau NA2SH sebagai halatuju dan matlamat yang perlu dicapai oleh persatuan. Pelan ini mengariskan 5 strategi utama iaitu mewujudkan persatuan jenis sukan orang Pekak, menjaga kebajikan seta melahirkan atlet Pekak bertaraf dunia, penumpuan kepada Sukan Berpertasi Tinggi, penggalakan Sukan Massa (perpaduan) dan mengeratkan hubungan dengan kerajaan dan badan sukan lain.

MSDeaf menyokong dasar kerajaan bagi menjayakan "Dasar 1Murid, 1Sukan Pendidikan Khas" oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan atlet pekak berkualiti kerana ianya selari dengan Motto yang diperjuangkan oleh MSDeaf iaitu "Menjana Kecemerlangan Atlet Pekak Bertaraf Dunia".

Harapan MSDeaf agar semua pihak dapat menyokong segala usaha-usaha kami bagi mencapai hasrat dan harapan kerajaan melahirkan atlet Malaysia yang berdaya saing, berdisiplin dan bertaraf dunia.

Sekian dan terima kasih.                                         

KamarzamanHj.Harun.
Presiden
Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia


 

 


COPYRIGHT RESERVED © 2011
created and design by DzVisual Enterprise