MSDeaf Banner  


Program akan Datang

- Perlis (akan dimaklum)
- Kedah (selesai)
- Penang (selesai)
- Terengganu (selesai)
- Kelantan (selesai)
- Perak(akan dimaklum)
- Selangor (selesai)
- Pahang (selesai)
- Kuala Lumpur (selesai)
- N. Sembilan (selesai)
- Melaka (selesai)
- Johor Baharu (selesai)
- Sabah (selesai)
- Sarawak (selesai)


Artikel Program
yang Lepas

- Gerakan MSDeaf | Kota Kinabalu
- Gerakan MSDeaf | Kuantan
- Gerakan MSDeaf | Pulau Pinang
- Gerakan MSDeaf | Kota Baharu
- Gerakan MSDeaf | Melaka
- Gerakan MSDeaf | Kuching


Patuan Luar

- Rakyat Pekak Perak penentu masa depan PSD - Amir Hamidi
- Empat negeri keluar MSFD
- Lim Heng Tuck bangkit semula
- Kemelut Setiausaha Agung MSFD berakhir
- Berundur dari MSFD
- Pilihan raya MSFD semakin hampir
- Kehangatan kerusi Presiden MSFD


 
Rakyat Pekak Perak penentu masa depan PSD oleh Amir Hamidi


Oleh Amir Hamidi
19 Februari 2012

Persatuan Orang Pekak Perak (PSD) telah bernyawa selama sembilan tahun dan dipimpin oleh dua orang Presiden, iaitu Tan Siew Keat (2003-2005) dan penulis (2005-2012).

Penulis bersyukur kerana dengan keberkatan Allah dan sokongan rakyat Pekak Perak, PSD berjaya mengharungi dan menangani banyak cabaran, dugaan dan rintangan sungguhpun PSD terbukti dalam serba kekurangan.

Walau bagaimanapun, apabila dibicarakan tentang program aktiviti tahunan, PSD pasti dianggap tidak berada di tahap yang aktif serta tidak setanding dengan sesetengah persatuan Pekak negeri yang sudah lama mantap.

Sebagai contoh, PSD hanya melaksanakan sekurang-kurangnya dua program aktiviti setahun dan hanya mengutamakan program besar yang popular seperti Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA).

Hal ini menggambarkan pergerakan jentera PSD yang dianggap berprestasi rendah dan memerlukan perubahan untuk menjadi lebih proaktif dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Pekak.

Di bawah pimpinan penulis, PSD telah melalui dua fasa yang berbeza situasinya. Dalam fasa pertama (2005-2010), atas desakan ahli-ahli Pekak, penulis dilantik sebagai Presiden dan menerima PSD yang lemah pada ketika itu akibat perselisihan dalaman.

Selepas PSD dipulihkan sepenuhnya, penulis bersama mantan Setiausaha, Siti Khadijah Rayman dan kemudiannya Setiausaha Kamarzaman Harun telah berganding tangan sehingga PSD dapat menjana pelbagai program aktiviti dan mewujudkan hubungan rapat dengan sebilangan jabatan kerajaan dan badan korporat di sekitar Ipoh.

Fasa yang kedua (2010-2012) merupakan zaman kemerosotan pencapaian PSD. Hal ini demikian memandangkan turunnya keefisienan penulis selaku Presiden dalam melaksanakan tanggungjawab untuk persatuan.

Diketahui bahawa penulis bermastautin di Putrajaya dan menghabiskan sebahagian besar waktu untuk kerjaya sebagai penjawat awam dan juga keluarga sehingga penulis tidak lagi kerap berulang-alik ke Ipoh.

Tambahan pula, perpindahan perusahaan kepunyaan Setiausaha, Kamarzaman Harun yang juga ahli perniagaan dari Simpang Pulai, Ipoh ke Kuala Lumpur turut menjejaskan operasi persatuan dan akhirnya PSD tidak mempunyai pejabat yang selama ini menumpang di kilang beliau.

Kamarzaman juga dituntut menumpukan usaha pengukuhan dan pemerkasaan MSDeaf (Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia) selepas dilantik semula sebagai Presiden MSDeaf.

Satu-satunya harapan besar yang penulis taruhkan kepada para rakyat Pekak Perak ialah peralihan kepemimpinan persatuan PSD yang bakal diadakan pada pertengahan tahun ini seperti yang dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PSD Bil.1/2012 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penulis berpandangan bahawa penulis memegang amanah terlalu lama dan tidak mempunyai sebab yang baik untuk terus mentakhtai pemerintah PSD sehidup semati. Sewajarnya jawatan Presiden PSD diserahkan kepada rakyat Pekak yang bermastautin di sekitar Ipoh.

Pada masa ini, negeri Perak mempunyai sebilangan kecil anak jati Pekak yang berkualiti dan berbakat, misalnya Ong Shin Ruenn (Timbalan Presiden PSD) namun mereka bukan pemastautin di negeri tersebut.

PSD juga mempunyai beberapa orang pemimpin pelapis yang boleh diasah seperti Shaharudin (AJK), Mohd Suffian (AJK) dan Nurul Hisyam (AJK). Malangnya mereka telah menyatakan hasrat agar tidak lagi terlibat dalam kepemimpinan PSD selepas tahun ini disebabkan oleh tempat tinggal dan bekerja yang jauh dari Ipoh.

Satu lagi pemastautin di Ipoh, Annie Ong boleh diuar-uarkan sebagai pengganti penulis yang amat ideal memandangkan beliau merupakan rakyat Pekak kelahiran Kuala Lumpur yang berkelulusan diploma politeknik dan amat dikenali dengan kegiatannya di YMCA Ipoh.

Juga diharapkan dan digalakkan agar mana-mana pihak individu bukan Pekak di Ipoh menampilkan diri untuk membantu dengan ikhlas dan sukarela ke arah memajukan persatuan PSD dalam apa-apa jua cara atau bentuk selepas ketiadaan penulis pada masa kelak.

Pada kesimpulannya, rakyat Pekak Perak kini mempunyai kebebasan untuk menentukan corak kepemimpinan dan masa depan PSD melalui mesyuarat agung serta perlu membuktikan diri bahawa komuniti Pekak di Perak boleh maju tanpa bertongkatkan penulis.

Dalam tugas yang terakhir, penulis akan memastikan bahawa PSD dapat menghantar kontinjen atlet Pekak negeri Perak Darul Ridzuan ke SOPMA Kuala Lumpur 2012 yang akan berlangsung di Universiti Malaya pada 1 hingga 6 April 2012.

Misi ini akan merupakan kali ketiga di bawah pimpinan penulis dalam rekod penyertaan SOPMA. Kali pertama di Ipoh (2006) dan kali kedua di Kuala Terengganu (2009).

Dengan jujurnya, sumbangan penulis kepada komuniti Pekak di Perak tidak besar atas sebab-sebab yang jelas diketahui umum. Bagaimanapun, penulis telah berpuas hati dengan perkhidmatan kesukarelawanan jarak jauh dan menimba pengalaman yang bernilai.

Selepas PSD, penulis juga merancang strategi dan projek dalam jangka masa pendek dan panjang untuk terus berbakti secara efisien dan sistematik kepada pembangunan komuniti Pekak di Putrajaya dan juga Lembah Kelang.

[Petikan dari blog Amir Hamidi di [ http://www.amir-hamidi.name.my/layar.php?mukasurat=pena_diam&info=pemimpin&bahasa=my&artikel=2012_psd_rakyat ]


 
 


COPYRIGHT RESERVED © 2012
created and design by DzVisual Enterprise