MSDeaf Logo

UCAPAN PRESIDEN

Salam Hormat Semua,

Saya mewakili Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia Atau MSDeaf (Malaysia Deaf Sports Association) amat berbesar hati dapat memperkenalkan MSDeaf sebagai sebuah Persatuan Sukan Warga Pekak yang berperanan mengurus dan melaksanakan semua program dan aktiviti kesukanan untuk warga Pekak negara.

Sebagai Sebuah Badan NGO Sukan Berprestasi Tinggi, MSDeaf sentiasa peka dan memainkan peranan utama melaksana berbagai program dan aktiviti kesukanan untuk warga Pekak negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Sukan Orang Pekak Asean, Sukan Orang Pekak Asia-Pasifik Dan Sukan Deaflympics. Oleh kerana itu MSDeaf amat memerlukan sokongan dari semua pihak.

Usaha MSDeaf ini turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah mengiktirafkan sukan warga Pekak dengan memasukkan agenda sukan warga Pekak dalam Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 (Akta 576) yang menyatakan bahawa badan sukan warga Pekak Malaysia diiktirafkan sebagai badan sukan warga Pekak yang diberi mandat dan kepercayaan melaksanakan program kesukanan warga Pekak peringkat kebangsaan dan penyertaan warga Pekak Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa.

Usaha-usaha bagi memartabatkan sukan warga Pekak negara ini juga turut di bantu oleh lain-lain agensi kerajaan seperti Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM). Selain dari bantuan teknikal dan kepakaran dari badan jenis sukan kebangsaan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) dan lain-lain lagi badan sukan kebangsaan.

Hasrat dan impian MSDeaf, masyarakat marhaen dapat memberi sokongan dalam usaha memperkasakan sukan warga Pekak di Malaysia kerana kami adalah sebuah NGO sukan yang bergantung sepenuhnya dari sokongan dan bantuan semua pihak bagi melaksanakan semua aktiviti kesukanan membabitkan sukan warga Pekak kebangsaan dan antarabangsa.

Sekian, Terima Kasih

Ong Shin Ruenn
Presiden Malaysia Deaf Sports Association

MSDeaf Logo

PENGENALAN MSDeaf

Pengenalan MSDeaf
Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Deaf Sports Association) atau ringkasnya MSDeaf adalah badan sukan warga Pekak peringkat kebangsaan yang tunggal di Malaysia.

Catatan Sejarah: 5 Jun 1993 tarikh penubuhan Penaja MDSA melalui SHIMA diiktiraf sebagai Ahli Gabungan oleh Kongres Jawatankuasa Sukan Orang Pekak Antarabangsa (ICSD) sempena Sukan Orang Pekak Dunia Sofia 1993 sehingga Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSFD) didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 26 September 1997 yang kemudian bertukar pendaftaran dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) pada 23 Julai 2010.

Objektif
Merancang Dan Memperkasakan Sukan Orang Pekak Untuk Negara

Moto
Sebagai Badan Sukan Warga Pekak Yang Menyokong Dasar Kerajaan Bagi Membangunkan Sukan Untuk Negara.

Misi
Mengeratkan Hubungan Dengan Kerajaan, Melahirkan Modal Insan Di Kalangan Warga Pekak, Fokus Kepada Sukan Berprestasi Tinggi Dan Menjalinkan Kerjasama Dengan Persatuan Sukan Lain Di Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa.

MSDeaf Logo

PENGENALAN SOPMA

Sukan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Deaf Games) atau ringkasnya SOPMA merupakan satu acara sukan yang dikhususkan bagi warga pekak peringkat kebangsaan. SOPMA adalah merupakan kejohanan ‘beraneka sukan’ (multi-sports competition). SOPMA dimulakan sejak tahun 1985 dengan nama Kejohanan Sukan Antara Kelab Pekak (KSAKP) adalah sukan yang paling penting dan popular bagi warga pekak Malaysia.

SOPMA diadakan DUA (2) tahun sekali dan ianya merupakan sukan orang pekak yang paling penting dan popular kerana melalui SOPMA atlet-atlet pekak yang berbakat akan dipilih untuk mewakili negara ke sukan orang pekak peringkat antarabangsa seperti Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (Asia Pacific Deaf Games) dan Sukan Deaflympic (Deaflympics Games).

Objektif

  • Satu medan untuk atlet-atlet pekak mempamerkan bakat sukan mereka;
  • Sebagai landasan kepada atlet-atlet pekak berbakat untuk mewakili negara ke sukan orang pekak peringkat antarabangsa;
  • Mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan antara warga pekak berbilang kaum, etnik dan agama dalam negara;
  • Menyahut seruan kerajaan Sukan 1 Malaysia melalui penganjuran sukan tersebut.

Moto

“KE ARAH MELAHIRKAN ATLET PEKAK YANG BERDISPLIN, BERDAYA SAING DAN BERTARAF DUNIA”

Partners & Sponsors