Berita

KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU YB DATO' SRI Reezal Merican Naina Merican
Jumaat, 8 Mei 2020/15 Ramadhan 1441H.

Pertemuan MSDeaf di wakili oleh Presiden, Ong Shin Ruenn) dan Kamarzaman Harun (Setiausaha Agong) memberi hasil yang positif untuk masa depan sukan warga Pekak negara. Ini telah disuarakan sendiri oleh YB Dato Reezal Merican b. Naina Merican apabila beliau menyatakan akan memberi kesaksamaan peluang bagi sukan orang Pekak. Dalam pertemuan tersebut Datuk Naim Mohamad (Penasihat III MSDeaf) dan Mohd Nazrul Azwa Zulkipply (Pegawai Khas Presiden) turut hadir dalam pertemuan yang bersejarah ini kerana ini adalah pertama kalinya MSDeaf dapat bertemu menteri dan meluahkan segala pemasalahan dan keperluan sukan warga Pekak negara. Wakil kementerian KBS turut dihadiri iaitu Ketua Pengarah MSN, Datuk Hj. Ahmad Shapawi.Read More [+]

ATLET PEKAK NEGARA SENTIASA BERSEDIA
7 Mei 2020

Biarpun berbagai halangan yang perlu dilalui oleh mereka, namun itu bukan satu alasan untuk mengecapi kejayaan. Demi Lencana Di Dada , Malaysia Ku Tercinta 🇲🇾 “Majulah Sukan Pekak Untuk Negara”Read More [+]

MSDeaf menerima sumbangan dari pelajar Komunikasi Korporat KUPTM Cheras yang menjalankan satu program iaitu MYFREECOVID-19.
6 Mei 2020

Terdahulu ia merupakan projek Amal “KL FOOTBALL AID: #CELEBR8unity” . Namun , disebabkan isu semasa kini iaitu penularan COVID-19 ia terpaksa dibatalkan dan ditukarkan kepada MYFREECOVID-19. MSDEAF dengan rasa rendah diri mengucapkan terima kasih kepada semua barisan pelajar yang terlibat dan wakil pelajar iaitu Saudara Azwil Najmi yang sempat menyerahkan sumbangan tersebut kepada En. Ong Shin Ruenn , Presiden MSDeaf. Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya. “Majulah Sukan Pekak Untuk Negara”Read More [+]

En. Yusri Abdul Ghani selaku Timbalan Presiden MSDeaf merangkap Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu
21 April 2020.

En. Yusri Abdul Ghani selaku Timbalan Presiden MSDeaf merangkap Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu mengambil peluang mengedarkan “Hand Sanitizer” kepada warga barisan hadapan di sekitar Kuala Terengganu. Syabas dan Tahniah diucapkan , semoga usaha murni ini akan dapat mengurangkan kes penularan wabak COVID-19.Read More [+]

Selamat Bersara Ybhg. Dato’ Dr. Ramlan Abd. Aziz dan terima kasih atas jasa anda.
21 April 2020

Selamat Bersara Ybhg. Dato’ Dr. Ramlan Abd. Aziz dan terima kasih atas jasa anda. Ybhg. Dato’ Dr. yang sebelum ini banyak membantu dunia sukan orang pekak serta memberi nasihat dan panduan kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia seketika perkhidmatan beliau menjadi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif Isntitut Sukan Negara. Terima Kasih atas Jasa Anda !Read More [+]

Selamat Hari Lahir Hero Malaysia🇲🇾, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
21 April 2020

Selamat Hari Lahir Hero Malaysia🇲🇾, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Terima kasih atas jasa anda untuk seluruh rakyat Malaysia ❤️ Semoga di bawah lindungan Allah sentiasa. Amin. ikhlas dari : MSDeafRead More [+]

Masukkan e-mel anda dan melanggan surat berita kami.

FOLLOW @MSDeaf