Sukan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Deaf Games) atau ringkasnya SOPMA merupakan satu acara
sukan yang dikhususkan bagi warga pekak peringkat kebangsaan. SOPMA adalah merupakan kejohanan ‘beraneka sukan’ (mulit-sports
competition). SOPMA dimulakan sejak tahun 1985 dengan nama Kejohanan Sukan Antara Kelab Pekak (KSAKP) adalah sukan yang paling
penting dan popular bagi warga pekak Malaysia.
SOPMA diadakan DUA (2) tahun sekali dan ianya merupakan sukan orang pekak yang paling penting dan popular kerana melalui SOPMA
atlet-atlet pekak yang berbakat akan dipilih untuk mewakili negara ke sukan orang pekak peringkat antarabangsa seperti Sukan
Orang Pekak Asia Pasifik (Asia Pacific Deaf Games) dan Sukan Deaflympic (Deaflympics Games).
“KE ARAH MELAHIRKAN ATLET PEKAK YANG BERDISPLIN, BERDAYA SAING DAN BERTARAF DUNIA”