Salam Hormat Semua,
Saya mewakili Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia Atau MSDeaf (Malaysia Deaf Sports
Association) amat berbesar hati dapat memperkenalkan MSDeaf sebagai sebuah Persatuan
Sukan Warga Pekak yang berperanan mengurus dan melaksanakan semua program dan aktiviti
kesukanan untuk warga Pekak negara.
Sebagai Sebuah Badan NGO Sukan Berprestasi Tinggi, MSDeaf sentiasa peka dan memainkan
peranan utama melaksana berbagai program dan aktiviti kesukanan untuk warga Pekak negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Sukan Orang Pekak Asean, Sukan Orang Pekak Asia-Pasifik Dan Sukan Deaflympics. Oleh kerana itu MSDeaf amat memerlukan sokongan dari semua pihak.
Usaha MSDeaf ini turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah
mengiktirafkan sukan warga Pekak dengan memasukkan agenda sukan warga Pekak dalam Akta
Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 ( Akta 576) yang menyatakan bahawa badan sukan warga
Pekak Malaysia diiktirafkan sebagai badan sukan warga Pekak yang diberi mandat dan
kepercayaan melaksanakan program kesukanan warga Pekak peringkat kebangsaan dan
penyertaan warga Pekak Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa.
Usaha-usaha bagi memartabatkan sukan warga Pekak negara ini juga turut di bantu oleh lain-lain agensi kerajaan seperti Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Institiut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) . Selain dari bantuan teknikal dan kepakaran dari badan jenis sukan kebangsaan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) dan lain-lain lagi badan sukan kebangsaan.
Hasrat dan impian MSDeaf, masyarakat marhaen dapat memberi sokongan dalam usaha
memperkasakan sukan warga Pekak di Malaysia kerana kami adalah sebuah NGO sukan yang bergantung sepenuhnya dari sokongan dan bantuan semua pihak bagi melaksanakan semua aktiviti kesukanan membabitkan sukan warga Pekak kebangsaan dan antarabangsa.